Forum Gaul dan Informasi

INFO UNTUK ANDA

Y3hoo Ada di Facebook

Share Y3hoo ke Twitter

Follow Me

Image hosted by servimg.com

Y3hoo Mailing List

Enter Your Email Address:

Latest topics

IKLAN ANDA

    surat untuk sahabat

    Share
    avatar
    daun.kuning

    272
    17.11.09

    surat untuk sahabat

    Post  daun.kuning on Fri Feb 12, 2010 7:07 pm

    Sahabat,
    Sebenarnya dalam diam aku menyanjungimu. Semangat, nasihat dan pesananmu tetap tersemat di hati. Surat e-mail dan segala pemberianmu menjadi khazanah berharga buatku. Sepanjang kita menempuhi liku kehidupan di kolej, aku dapat melihat betapa gigihnya perjuanganmu dalam mengejar cita-cita dan menegakkan syiar Islam.

    Terima kasih di atas doronganmu untuk aku berada di jalan yang benar selama kita menjadi sahabat. Hari-hari yang pernah kulalui bersamamu tanpaku sedari timbul satu perasaan yang tidak mampu aku hindari. Setiap detik bersama menjadi memori indah dalam hidupku. Aku tidk pasti adakah kau juga berperasaan sedemikian. Namun jauh di sudut hatiku mengatakan gelodak jiwamu sama sepertiku.

    Namun aku mengerti mimpiku tidak mungkin menjadi kenyataan kerana antara kita dipisahkan oleh sebuah tembok yang cukup tebal. Kau yang menjadi idaman ramai pasti dihadapkan dengan pelbagai pilihan. Sesungguhnya aku amat mengerti dan reda dengan ketentuan ini. Sikit pun aku tidak menyesali fitrah diri.

    Sahabat,
    Percayalah walaupun kau tiada di sisi, jiwa dan semangatku akan sentiasa bersamaku dan untuk kali terakhir, izinkan aku menyebut kalimah yang tak mampu kuluahkan dihadapanmu selama ini….Aku cinta padamu…..

    Sahabatmu.
    daun.kuning
    avatar
    anak_dumai
    Super Mod

    202
    Age : 33
    Lokasi : Bandung
    21.12.09

    Re: surat untuk sahabat

    Post  anak_dumai on Fri Feb 12, 2010 8:07 pm

    daun.kuning wrote:Sahabat,

    finger1 finger1
    avatar
    lily.putih

    120
    Age : 38
    10.08.09

    Re: surat untuk sahabat

    Post  lily.putih on Wed Jun 09, 2010 12:08 pm

    artikel yang sangat baik

    Sponsored content

    Re: surat untuk sahabat

    Post  Sponsored content

      Waktu sekarang Thu Oct 19, 2017 3:31 am